KURANG PENGHAYATAN AGAMA JUMAAT, 10 DISEMBER 2021 NILAI MASYARAKAT : KURANG PENGHAYATAN AGAMA PENGENALAN Agama merupakan panduan utama dalam kehidupan manusia dan menjadi pembimbing manusia untuk mengenali kebaikan dan kejahatan. Penghayatan yang mendalam terhadap agama mampu melahirkan manusia yang cemerlang. Selain itu, didikan agama yang sempurna akan membentuk masyarakat keperibadian yang unggul. Kurang penghayatan agama dalam kalangan generasi muda mendorong mereka ke arah budaya yang tidak sihat. Di samping itu, mereka sering menghabiskan masa dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah atau tidak memberikan manfaat seperti melepak di pusat membeli belah. Manusia yang tidak mempercayai adanya Tuhan dan menolak semua kepercayaan agama pula dipanggil athiest. Persoalannya mengapakah agama mendapat penghayatan yang kurang dalam kalangan masyarakat dan apakah kesan- kesan yang akan berlaku sekiranya masalah ini kian berterusan ? Kurang penghayatan agama merupakan salah sa...