KURANG PENGHAYATAN AGAMA
JUMAAT, 10 DISEMBER 2021
NILAI MASYARAKAT: KURANG PENGHAYATAN AGAMA
PENGENALAN
Agama merupakan panduan utama dalam kehidupan manusia dan menjadi pembimbing manusia untuk mengenali kebaikan dan kejahatan. Penghayatan yang mendalam terhadap agama mampu melahirkan manusia yang cemerlang. Selain itu, didikan agama yang sempurna akan membentuk masyarakat keperibadian yang unggul. Kurang penghayatan agama dalam kalangan generasi muda mendorong mereka ke arah budaya yang tidak sihat. Di samping itu, mereka sering menghabiskan masa dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah atau tidak memberikan manfaat seperti melepak di pusat membeli belah.
Manusia yang tidak mempercayai adanya Tuhan dan menolak semua kepercayaan agama pula dipanggil athiest. Persoalannya mengapakah agama mendapat penghayatan yang kurang dalam kalangan masyarakat dan apakah kesan- kesan yang akan berlaku sekiranya masalah ini kian berterusan ? Kurang penghayatan agama merupakan salah satu cabaran di Malaysia pada masa kini. Dalam blog ini kami akan kongsikan beberapa punca dan kesan kurangnya penghayatan agama di kalangan masyarakat pada masa kini.
Punca- Punca Kurangnya Penghayatan Agama.
1) Kurang Didikan Agama Daripada Ibu Bapa.
- Ibu bapa pada zaman kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak- anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama merupakan perkara yang penting untuk dijadikan pedoman hidup. Mereka lebih mementngkan soal ekonomi dan mementingkan kerjaya mereka. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak mereka semakin pendek dan tidak dapat membezakan mengenai pekara baik dan buruk. Anak-anak yang kurang didikan agama akan lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti perjudian, minum minuman keras, lepak di pusat permainan video.
- Rakan sebaya juga menjadi punca terjadinya kurang penghayatan dalam agama terutamanya dalam kalangan remaja. Pada zaman kini, remaja suka meluangkan masa dengan rakan berbading dengan dengan keluarga sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlalu mempercayai rakan sendiri sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan akibat dan kesan daripada perbuatan tersebut. Remaja perlulah pandai memilih rakan sebaya kerana rakan yang baik dapat mendorong mereka untuk ke arah yang lebih baik.
- Masyarakat cenderung untuk melakukan pekara yang penar dilihat atau didengari di media massa kerana masyarakat mempunyai naluri ingin mencuba sesuatu yang baharu. Remaja haruslah pandai menilai sesuatu kebaikan dan keburukkan sesuatu pekara yang mereka perolehi daripada media massa. Keseronokkan dari pengaruh media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Wechat dapat melalaikan masyarakat dan menyebabkan mereka lupa terhadap didikan agama. Mereka gemar menghadap media-media elektronik canggih seperti telefon pintar sehinga mereka lupa untuk melakukan tuntuntan agama masing-masing. Penyalahgunaan media-media tersebut menyebabkan mereka mudah terpesong daripada ajaran agama dan akhirnya memberikan kesan negatif kepada mereka.
- Apabila seseorang itu meningkat dewasa, tanggungjawab terhadap dirinya sendiri bertambah. Hal ini memberikan kesan kepada kehidupan diri seseorang terutamanya dalam hal menjaga kebajikan diri sendiri. Setiap individu memerlukan dorongan dan sokongan daripada orang-orang di sisinya untuk terus mendekatkan diri dengan ilmu agama. Tanpa dorongan yang kuat, usaha mereka untuk menuntut ilmu agama sekadar "hangat-hangat tahi ayam sahaja". Dorongan ini perlulah ada supaya setiap individu tidak cepat lupa terhadap tanggungjawab mereka sebagai penuntut agama.
- keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa kini adalah isu-isu yang berkaitan dengan masalah sosial remaja seperti isu buli, pembuangan bayi, seks bebas dan lain-lain. Dalam Agama, telah menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri sendir dan masyarakat dari sebarang kebinasaan yang dapat memudaratkan diri dari segi fizikal dan mental.
- Sebagaimana kita tahu, setiap manusia mempunyai pegangan agama masing-masing sama ada seseorang itu menganuti agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya. Semua agama mengajar penganutnya untuk melakukan pekara yang baik dan mentaati setiap ajarannya. Dalam institusi keluarga, pegangan yang kukuh dapat menjaminkan keutuhan rumah tangga serta kebahagian di dunia dan di akhirat. Puncanya berlakunya kelonggaran pegangan agama dalam sesebuah institusi keluarga adalah disebabkan kurangnya pengetahuan ilmu agama dalam diri seseorang. Ibu bapa haruslah memainkan peranan peting dalam memastikan setiap ahli keluarga mereka mentaati agama yang mereka dianuti. Pada era pembangunan ini, kebanyakkan ibu bapa tidak mementingkan ilmu keagamaan, mereka lebih memetingkan kebendaan dan kemewahan dunia berbanding di akhirat. Sesetengah masyarakatkan mementingkan kerjaya daripada agama dan keluarga. Bagi mereka mencari nafkah lebih penting untuk membahagiakan keluarga tanpa mereka sedari yang anak-anak memerlukan belaian dan kasih sayang.
- Budaya negatif kini menjadi ikutan masyarakat negara pada masa kini terutamanya generasi muda. Antara budaya negatif barat yang telah menular di Malaysia adalah seperti punk, black mental, fesyen barat dan hedonisme. Punk didefinisikan melalui fesyen muzik, kelakuan dan dikaitkan dengan kegelapan dan berunsurkan pemberontakkan. Black metal pula merupakan kumpulan muzik yang mengadaka persembahan separuh gila, berunsurkan lucah dan kesyaitanan dan lirik lagu yang berunsurkan pemujaan iblis dan roh. Segelintir golongan belia pada masa kini lebih memilih untuk menggunakan fesyen yang berunsurkan barat seperti memakaikan skirt yang pendek, berseluar jeans yang ketat dan berpakaian yang jarang serta tidak menuntup aurat. Fesyen Barat tidak menitikberatkan maruah si pemakainya, berbeza dengan fesyen tradisional masyarakat tempatan yang penuh dengan kesopanan serta meminggikan martabat pemakainya.
- Apabila kurangnya penghayatan terhadap agama, maka timbulah isu-isu masalah perpaduan antara kaum di Malaysia. Pertelingkahan dan salah faham antara kaum berpunca dari pemikiran manusia itu sendiri. Mereka yang menghayati tuntutan agama dapat membantu agar manusia hidup dalam bersatu padu.
- Program- program yang berasaskan keagamaan perlulah diadakan secara berterusan. Perkara ini akan menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya menghayati agama serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
- Anak- anak seharusnya dididik dari kecil oleh ibu bapa untuk mengenali tentang agama masing- masing. Hal ini kerana anak- anak kecil mudah mengikuti perintah orang yang lebih dewasa. Apabila anaka- anak meningkat remaja, mereka agak sukar dididik oleh ibu bapa mereka tentang agama kerana remaja mempunyai sikap yang degil dan suka membantah. Sekiranya ibu bapa berjaya mendidik anak- anak mereka tentang ilmu agama dari kecil, mereka akan membesar menjadi insan yang berakhlak mulia bak kata perpatah "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Ibu bapa juga perlu menasihati anak- anak mengenai perkara yang baik dan buruk.
- Salah satu cara yang berkesan untuk memupukkan perasaan minat untuk mempelajari agama adalah melalui pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana para pelajar berasa selesa untuk mempelajari sesuatu ketika mereka berada di sekolah. Mereka mempunyai ramai guru yang bakal mengajar mereka tentang agama masing- masing.
Comments
Post a Comment